PN masih belum putus siapa Ketua Menteri 

PN masih belum putus siapa Ketua Menteri Sabah

PARA penyokong Perikatan Nasional hadir ke Majlis Pelancara Manifesto PN di Putatan, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTATAN: Setelah seminggu berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Perikatan Nasional (PN) masih belum membuat keputusan siapa calon Ketua Menteri. 

Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, apa yang penting pada ketika ini adalah fokus memenangi pilihan raya, kemudian diputuskan siapa yang akan diangkat menjadi calon Ketua Menteri Sabah. 

“Ia belum diputuskan. Semua orang yang bertanding membuat Perikatan Nasional layak untuk diangkat,” katanya ringkas selepas pelancaran manifesto di sini, hari ini. 

Sebelum itu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassan ketika ditanya soalan yang sama turut tidak menyebut nama mana-mana individu untuk diangkat menjadi Ketua Menteri. 

“Nanti kita akan umumkan,” katanya ringkas. 

Mengulas lanjut, Ronald turut berkata, PN turut tidak memutuskan lagi untuk bekerjasama dengan mana-mana parti jika tiada mana-mana pihak yang mampu membentuk kerajaan negeri. 

“Saya tidak boleh memberitahu anda itu kerana kita ingin menang pilihan raya. Kami mengadakan pertandingan dan menang 42 tempat.

“Saya sangat serius dan kita ingin menang pilihan raya,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN