Sinner terlalu kuat buat de Minaur

Sinner terlalu kuat buat de Minaur

Jannik Sinner membalas pukulan Alex de Minaur dalam aksi suku akhir tenis Terbuka Australia di Rod Laver Arena, Melbourne, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
MELBOURNE: Penyandang juara Terbuka Australia, Jannik Sinner mara ke babak separuh akhir selepas Iga Swiatek langsung tidak menerima cabaran sengit dalam aksi wanita di Rod Laver Arena, semalam.
Sinner yang juga pilihan pertama kejohanan menamatkan cabaran tuan rumah, Alex de Minaur 6-3, 5-2, 6-1 untuk menempah pertemuan dengan pilihan ke-21 kejohanan, Ben Shelton.
Satu lagi aksi separuh akhir akan menemukan juara 10 kali Terbuka Australia, Novak Djokovic dengan pemain nombor dua dunia, Alexander Zverev, esok.
Sinner sebelum ini berdepan dengan masalah kesihatan selepas beraksi dalam cuaca panas menentang Holger Rune.
Namun, pemain berusia 23 tahun itu kembali ke tahap terbaiknya dalam aksi di sebelah petang ketika menentang De Minaur yang tidak pernah menewaskannya dalam 10 perlawanan sebelum ini.
“Hari ini saya merasakan keseronokan. Cuaca begini membantu anda menghabiskan perlawanan dengan cepat dan mudah,” katanya.
Sinner berazam untuk mempertahankan gelaran yang dimenanginya buat pertama kali selepas menewaskan Daniil Medvedev tahun lalu, malah dia juga menjadi juara Terbuka Amerika Syarikat. – AFP/UTUSAN
Laluan ke separuh akhir
Jannik Sinner (ITA x1) lwn Ben Shelton (USA x21)
Sinner
1st rd: kln Nicolas Jarry (CHI) 7-6 (7/2), 7-6 (7/5), 6-1
2nd rd: kln Tristan Schoolkate (AUS) 4-6, 6-4, 6-1, 6-3
3rd rd: kln Marcos Giron (USA) 6-3, 6-4, 6-2
4th rd: kln Holger Rune (DEN x13) 6-3, 3-6, 6-3, 6-2
QF: kln Alex de Minaur (AUS x8) 6-3, 6-2, 6-1
Shelton
1st rd: kln Brandon Nakashima (USA) 7-6 (7/3), 7-5, 7-5
2nd rd: kln Pablo Carreno Busta (ESP) 6-3, 6-3, 6-7 (4/7), 6-4
3rd rd: kln Lorenzo Musetti (ITA x16) 6-3, 3-6, 6-4, 7-6 (7/5)
4th rd: kln Gael Monfils (FRA) 7-6 (7/3), 6-7 (3/7), 7-6 (7/2), 1-0 ret
QF: kln Lorenzo Sonego (ITA) 6-4, 7-5, 4-6, 7-6 (7/4)
Novak Djokovic (SRB x7) lwn Alexander Zverev (GER x2)
Djokovic
1st rd: kln Nishesh Basavareddy (USA) 4-6, 6-3, 6-4, 6-2
2nd rd: kln Jaime Faria (POR) 6-1, 6-7 (4/7), 6-3, 6-2
3rd rd: kln Tomas Machac (CZE x26) 6-1, 6-4, 6-4
4th rd: kln Jiri Lehecka (CZE x24) 6-3, 6-4, 7-6 (7/4)
QF: kln Carlos Alcaraz (ESP x3) 4-6, 6-4, 6-3, 6-4
Zverev
1st rd: kln Lucas Pouille (FRA) 6-4, 6-4, 6-4
2nd rd: kln Pedro Martinez (ESP) 6-1, 6-4, 6-1
3rd rd: kln Jacob Fearnley (GBR) 6-3, 6-4, 6-4
4th rd: kln Ugo Humbert (FRA x14) 6-1, 2-6, 6-3, 6-2
QF: kln Tommy Paul (USA x12) 7-6 (7/1), 7-6 (7/0), 2-6, 6-1
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×