Sabalenka mula kempen langkah kanan

Sabalenka mula kempen langkah kanan

Aryna Sabalenka berakhir menentang Sloane Stephens dalam pusingan pertama Terbuka Australia di Melbourne, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Memuatkan artikel berkaitan…
MELBOURNE: Aryna Sabalenka membuka kempen memburu kemenangan ketiga Terbuka Australia petang ini dengan mudah mengetepikan cabaran pemain Amerika Syarikat, Sloane Stephens tatkala Zheng Qinwen dan Casper Ruud turut mengatasi lawan masing-masing.
Sabalenka yang turun selaku pilihan pertama itu menewaskan juara Terbuka Amerika Syarikat 2017 itu 6-3, 6-2 dalam tempoh 71 minit di Rod Laver Arena.
Kemenangan itu menguatkan lagi keazamannya untuk menjadi pemain wanita pertama sejak Martina Hingis (1997-99) menanh tiga gelaran di Melbourne Park.
Sekiranya dia berjaya menjulang Piala Peringatan Daphne Akhurst itu sekali lagi, maka dia akan terpilih untuk menyertai kumpulan nama-nama besar seperti Margaret Court, Evonne Goolagong, Steffi Graf, Monica Seles dan Hingis yang pernah melengkap tiga kali kemenangan sebeum ini.
“Saya selalu berdepan permainan sukar menentang dia. Saya tidak bermain pada tahap terbaik tetapi saya gembira dapat menamatkan permainan dalam dua set sahaja,” kata Sabalenka mengulas tentang lawannya itu. – AFP/UTUSAN
Keputusan pusingan pertama
Lelaki
Hugo Gaston (FRA) kln Omar Jasika (AUS) 6-2, 3-6, 6-2, 6-2
Casper Ruud (NOR x6) kln Jaume Munar (ESP) 6-3, 1-6, 7-5, 2-6, 6-1
Kei Nishikori (JPN) kln Thiago Monteiro (BRA) 4-6, 6-7 (4/7), 7-5, 6-2, 6-3
Arthur Fils (FRA x20) kln Otto Virtanen (FIN) 3-6, 7-6 (7/4), 6-4, 6-4
Wanita
Aryna Sabalenka (BLR x1) kln Sloane Stephens (USA) 6-3, 6-2
Jessica Bouzas Maneiro (ESP) kln Sonay Kartal (GBR) 6-1, 7-6 (7/5)
Tatjana Maria (GER) kln Bernarda Pera (USA) 7-6 (7/3), 6-4
Clara Tauson (DEN) kln Linda Noskova (CZE x29) 5-7, 6-3, 6-4
Mirra Andreeva (RUS x14) kln Marie Bouzkova (CZE) 6-3, 6-3
Donna Vekic (CRO x18) kln Diane Parry (FRA) 6-4, 6-4
Zheng Qinwen (CHN x5) kln Anca Todoni (ROM) 7-6 (7/3), 6-1
Leylah Fernandez (CAN x30) kln Yuliia Starodubtseva (UKR) 7-5, 6-4
Suzan Lamens (NED) kln Veronika Erjavec (SLO) 7-5, 7-6 (7/2)
Paula Badosa (ESP x11) kln Wang Xinyu (CHN) 6-3, 7-6 (7/5)
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×