Raducanu berlumba dengan masa untuk pulih    

Raducanu berlumba dengan masa untuk pulih    

Emma Raducanu . - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Juara Grand Slam, Emma Raducanu terpaksa menarik diri daripada kejohanan pemanasan Terbuka Auckland akibat kecederaan belakang, sekali gus menjadi halangan besar buat persiapannya menghadapi Terbuka Australia.

Raducanu, 22, yang merupakan pilihan keenam kejohanan itu, dijadual menentang pemain Amerika Syarikat, Robin Montgomery dalam aksi pembukaan pada Selasa. 

Namun, kecederaan yang dialaminya menyebabkan dia tidak dapat beraksi seperti dijadualkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya telah mencuba sedaya upaya untuk bersedia. Saya amat menyukai Auckland dan sokongan peminat di sini, tetapi malangnya kecederaan belakang ini membuatkan saya tidak dapat bersedia tepat pada masanya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sejak meraih kejayaan sensasi di Terbuka Amerika Syarikat pada 2021, Raducanu terus dihantui masalah kecederaan, termasuk terlepas lima kejohanan dalam siri Asia WTA tahun ini selepas mengalami kecederaan ligamen kaki.

Selain itu, pemain kelahiran Britain ini turut menghabiskan sebahagian besar musim lalu menjalani pemulihan selepas pembedahan pergelangan tangan dan buku lali.

Dengan ketiadaannya di Auckland, harapan untuk menyaksikan Raducanu kembali dalam aksi terbaik di Melbourne kini tergantung pada sejauh mana proses pemulihannya berjalan. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×