PBNS bawa bantahan ke FIFA? 

PBNS bawa bantahan ke FIFA? 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) difahamkan akan mencabar keputusan jawatankuasa pemilihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenai isu borang pencalonan ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Difahamkan, ini selepas permohonan PBNS untuk membatalkan borang pencalonan pada Kongres Pemilihan FAM yang bakal berlangsung pada 15 Februari ini sah ditolak oleh Jawatankuasa Pemilihan FAM.

Difahamkan, antara sebab permohonan itu ditolak adalah borang disifatkan sempurna dan memenuhi peruntukan yang terkandung dalam Artikel 10 Kod Pemilihan FAM selain borang pencalonan adalah terhad, memiliki nombor siri dan tiada pendua.

Alasan yang dikemukakan itu menyebabkan permohonan menarik balik dan memohon borang baharu tidak didengari biarpun borang pencalonan sebelum ini dihantar tanpa pengetahuan Presiden PBNS dan didakwa dimanipulasi pihak tertentu.

Sumber PBNS berkata, pihaknya sedang menyediakan afidavit kepada FIFA bagi mencabar keputusan Jawatankuasa Pemilihan FAM itu.

“Kami seolah dinafikan hak sebagai ahli gabungan FAM untuk mencalonkan individu yang sepatutnya bertanding.

“Kami sedang menunggu maklum balas daripada peguam FIFA mengenai perkara ini. Kami tidak faham mengapa FAM memberi alasan sebegitu, sedangkan dalam surat rasmi penarikan borang berkenaan sudah dinyatakan sebab-sebab mengapa kami mahu menarik semula borang itu.

“Artikel 10 Kod Pemilihan FAM perlu ditafsirkan dengan tepat. Isunya sekarang ada pegawai PBNS yang menghantar borang pencalonan tanpa pengetahuan Presiden dan Exco PBNS,” katanya.

Borang pencalonan bakal ditutup pukul 5.30 petang hari ini, di mana Kongres Pemilihan FAM dijadualkan berlangsung pada 15 Februari ini bagi memilih barisan kepimpinan baharu badan induk bola sepak negara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN