MELBOURNE: Pemain pilihan kedua kejohanan, Iga Swiatek yang digantung kerjaya tenis profesionalnya tahun lalu mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia selepas menewaskan lawannya dari Slovakia, Rebecca Sramkova 6-0, 6-2 pagi ini.
Sramkova yang menghuni tangga ke-49 dunia dalam aksi Grand Slam pertamanya tidak mampu melawan apabila Swiatek mematahkan 64 peratus servis yang dilakukannya untuk menamatkan permainan dalam 27 minit pada set pertama.
Sramkova hanya mampu bernafas seketika dalam permainan kelapan dan mendapat tepukan simpati daripada penonton, namun pemain Poland itu menguasai keseluruhan permainan yang ditamatkannya dalam tempoh sejam.
“Saya berasa bertenaga hari ini dan permainan ini sangat efisen bagi saya. Saya gembira fokus kepada permainan,” katanya.
Untuk perlawanan 16 akhir selepas ini, Swiatek akan menentang bekas juara Terbuka Amerika Syarikat, Emma Raducanu yang menewaskan Amanda Anisimova. – AFP/UTUSAN










