APABILA menulis catatan tangan, saya lebih suka menggunakan tulisan Jawi berbanding rumi. Malah, tulisan Jawi saya juga lebih kemas berbanding tulisan rumi kerana sejak kecil, apabila menggunakan tulisan rumi, saya lebih selesa menaip. Dunia tanpa sempadan mendedahkan kita kepada pelbagai perkara dan budaya baharu. Namun, dalam keasyikan mengagumi budaya orang, jangan sampai dilupakan kulit sendiri. Kelak, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Kata orang, tak kenal maka tak cinta.…