LONDON: Liverpool mengukuhkan kedudukan berbekalkan kelebihan sembilan mata di puncak Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Manchester City 2-0 di Anfield pagi ini. Reds yang mendominasi perlawanan pada babak pertama membuka jaringan menerusi Cody Gakpo seawal minit ke-12 dan Mohamed Salah melengkapkan kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-78. Kemarau kemenangan dalam tujuh perlawanan termasuk kalah enam meninggalkan City ketinggalan 11 mata daripada pendahulu liga menyebabkan anak-anak buah Pep Guardiola terperosok…