SABTU lalu (7 Disember 2024) Barisan Nasional (BN) mengadakan perhimpunan menyambut ulang tahun ke-50 penubuhannya. Suatu masa dahulu BN adalah ikatan politik terbesar negara yang menerajui pembangunan dan pemodenan lebih empat dekad. Ditubuhkan pada 1 Jun 1974 bagi menggantikan ikatan politik sebelumnya Perikatan, BN adalah idea Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak Hussein bagi membentuk roh politik baharu dalam usaha menyembuhkan luka dan memadam nista berikutan catatan gelap sejarah…










