Tambah beregu campuran setanding China

Tambah beregu campuran setanding China

HOO Pang Ron-Cheng Su Yin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejayaan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin muncul naib juara pada China Masters menjadi petunjuk kepada barisan kejurulatihan membangunkan lebih ramai gandingan beregu campuran yang setanding dengan negara China.

Selain beregu utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang menghuni di ranking ke-10 dunia, Pang Ron-Su Yin sudah menembusi kelompok 20 terbaik di kedudukan ke-18 susulan kejayaan mereka di Shenzhen, baru-baru ini.

Ketua jurulatih beregu campuran negara Nova Widianto berkata, beliau bersama Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky merancang untuk mengasah bakat pemain remaja bagi ‘membina’ beberapa pasangan untuk memperkuatkan sektor berkenaan.

“Tahun depan pasangan kita sudah mula ramai. Saya dengan Rexy sudah mula mengambil pemain remaja. Saya juga latih pemain-pemain muda ini, namun saya lebih fokus kepada senior kerana ada banyak juga pemain remaja kami.

“Saya mahu siapkan empat pasangan untuk tahun depan. Di Jelajah Dunia kita sudah bagus namun, di kejohanan cabaran antarabangsa (International Challenge) kami kurang di situ. Jadi saya banyak fokus di situ,” kata Nova kepada pemberita selepas sesi latihan di ABM, semalam.

Sementara itu, Nova meluahkan rasa gembira susulan prestasi Pang Ron-Su Yin yang mampu menjadi rakan sepelatih yang setanding dengan tahap Tang Jie-Ee Wei dalam sesi latihan.

Walaupun beliau kehilangan dua beregu campuran ketika ini, namun beliau berkata, pesaingan yang sihat ini menjadi petunjuk untuk melahirkan lebih ramai pasangan yang setanding dengan China.

“Selepas ini latihan lebih bagus kerana mereka (Tang Jie-Ee Wei) ada rakan regu yang hampir setaraf dengan mereka.  Selain pasangan profesional (Goh Soon Huat-Shevon Lai, menunjukkan satu petanda positif untuk Malaysia.

“Selepas ini berharap kita ada tiga atau empat pasangan negara supaya setanding dengan kualiti China,” katanya.

ABM setakat ini kehilangan dua beregu campuran negara, Choong Hon Jian-Go Pei Kee susulan fokus pada acara beregu lelaki dan wanita manakala Yap Roy King-Valeree Siow terpaksa terpaksa ‘berehat’ berikutan Valeree mengalami kecederaan lutut.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN