Ketua Liga Arab gesa serangan terhadap Arab Saudi dihentikan segera

Ketua Liga Arab gesa serangan terhadap Arab Saudi dihentikan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Setiausaha Agung Liga Arab, Nabil Fahmy mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan yang menyasarkan Arab Saudi sehingga menyebabkan kecederaan dan kerosakan harta benda.

Beliau mengulangi pendirian tegas Liga Arab menolak serangan berkenaan dan menggesa ia dihentikan serta-merta.

Nabil menyifatkan serangan itu sebagai pencabulan yang tidak boleh diterima terhadap kedaulatan, keselamatan dan keutuhan wilayah Arab Saudi, selain mengancam nyawa orang awam serta keselamatan dan kestabilan serantau.

Beliau menegaskan solidariti penuh terhadap Arab Saudi dan menyokong langkah yang diambil negara itu bagi melindungi keselamatan serta kedaulatannya, selain memastikan keselamatan rakyatnya.

Nabil menekankan keselamatan Arab Saudi merupakan sebahagian daripada keselamatan nasional negara-negara Arab.

Beliau berkata, serangan berterusan terhadap negara-negara Arab meningkatkan ketegangan, mencetuskan peningkatan konflik serta mengancam keselamatan dan kestabilan serantau.

Ketua Liga Arab itu turut menggesa supaya kedaulatan dan keutuhan wilayah negara-negara Arab dihormati, selain mematuhi undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengelakkan konflik daripada merebak serta mengheret rantau itu lebih jauh ke arah ketegangan dan ketidakstabilan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×