PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibentuk berasaskan matlamat utama dan prinsip asas yang digariskan dalam Artikel 1 dan Artikel 2 Piagam PBB. Matlamat utamanya bagi mencapai keselamatan dan keamanan antarabangsa sebagaimana yang dinyatakan dengan jelas dalam Artikel 1. Matlamat dan prinsip asas PBB sangat murni. Ia mampu melindungi dan menjamin keamanan serta keselamatan sejagat semua negara anggota mahupun bukan negara anggotanya. Kesepaduan kuasa besar utama (iaitu Amerika Syarikat (AS), Russia, Great…