Sebelah kaki bukan jaminan TFC ke suku akhir - Badrul

Sebelah kaki bukan jaminan TFC ke suku akhir – Badrul   

Badrul Afzan Razali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pemain Terengganu FC (TFC) diingatkan tidak terlalu selesa dengan bekalan tiga gol pada perlawanan kedua saingan 16 akhir Piala Malaysia menentang Melaka FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, malam ini.

Ketua jurulatih TFC Badrul Afzan Razali berkata, sebaliknya, skuad Penyu perlu bersedia dengan kejutan daripada Melaka FC dalam perlawanan tersebut.

Menurutnya, pasukan lawan itu di bawah kendalian jurulatih berpengalaman, K. Devan semestinya mempunyai perancangan rapi untuk memburu kemenangan besar walaupun mereka tewas 1-4 dalam pertemuan pertama.

“Walaupun TFC dianggap sudah sebelah kaki ke suku akhir, saya tetap ingatkan pemain supaya tidak bermain sambil lewa dan lebih fokus terutama ketika keadaan cuaca hujan seperti sekarang.

“Dalam bola sepak apa-apa sahaja boleh berlaku. Melaka FC seperti kita semua sedia maklum mempunyai barisan serangan yang berkualiti dan ramai pemain berpengalaman. Mereka mungkin boleh melakukan kejutan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Badrul Afzan memberitahu, beliau juga melakukan mungkin melakukan rombakan kecil kesebelasan utama TFC yang  diturunkan menentang Melaka FC.

Jelasnya, tindakan itu merupakan sebahagian daripada taktikal pasukan untuk meraih kemenangan seterusnya memburu tempat ke pentas akhir piala paling berprestij negara.

“Saya akui ketiadaan beberapa pemain import yang telah menamatkan kontrak lebih awal memberi kesan kepada perancangan pasukan. Tetapi ia bukan halangan kerana kita memiliki pemain tempatan yang boleh mengisi kekosongan posisi berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN