Russell sambar petak depan GP Las Vegas

Russell sambar petak depan GP Las Vegas

PELUMBA pasukan Mercedes Petronas, George Russell memecut keretanya dalam pusingan kelayakan Grand Prix Las Vegas di sini hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
LAS VEGAS:  Pelumba pasukan Mercedes, George Russell mencatat masa terpantas untuk memulakan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Las Vegas di petak depan manakala pendahulu kejuaraan, Max Verstappen bermula di petak kelima.
Sementara itu, pelumba pasukan Ferrari, Carlos Sainz di petak kedua di depan Pierre Gasly dari pasukan Alpine dan Verstappen bernasib baik berada satu petak di depan pencabar terdekatnya, Lando Norris dari McLaren di petak enam.
Verstappen yang menjuarai perlumbaan di Las Vegas pada 2023, mendahului Norris dengan 62 mata dengan baki tiga lagi perlumbaan tetapi dia hanya perlu menjulang trofi di sini untuk melengkapkan gelaran juara dunia buat kali keempat.
Bagi Norris, cabarannya untuk memintas Verstappen belum berakhir dengan syarat mengalahkan Verstappen dengan tiga mata bagi menghidupkan peluang memburu gelaran dunia.
Dalam pada itu, pemandu Ferrari, Charles Leclerc menamatkan pusingan pantas di petak keempat dan akan berkongsi kedudukan itu dengan Gasly yang mempamerkan kelajuan konsisten sepertimana ketika memenangi temoat ketiga di Grand Prix Brazil.
Yuki Tsunoda dari pasukan RB di tempat ketujuh dan pemandu Mercedes, Lewis Hamilton melengkapkan kedudukan 10.
Dalam ujian hari ini, Russell menamatkan pusingan pantas dengan catatan satu minit, 32.312 saat, meninggalkan Sainz di petak ketiga dengan perbezaan 0.098s.
“Saya berasa hebat selepas dapat semula dalam kedudukan  utama di depan. Saya tahu pusingan terakhir begitu bermakna. kami terpaksa menukar sayap depan dan saya tidak menyangka keputusan membolehkan saya berlumba dengan baik dan memperoleh kemenangan ini (petak depan).
“Rahsia saya ialah yakin kepada diri sendiri. Saya berasa sangat yakin sekarang dan ia bergantung kepada kami bagaimana mahu menang perlumbaan esok,” katanya. – AFP/UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×