JDT III buru hatrik, Selangor mahu tamatkan kemarau juara

JDT III buru hatrik, Selangor mahu tamatkan kemarau juara

GONZALO San Zaballos (kiri) dan Irfan Shahkimi memegang Piala Presiden bersama pemain Selangor FC, Danish Irfan Ezal dan jurulatih Selangor FC, Muhammad Firdaus Aziz di Stadium MBPG, Pasir Gudang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) III, Gonzalo San Zaballos menggesa anak buah untuk memberikan aksi terbaik pada aksi final kedua Piala Presiden 2024 menentang Selangor FC bagi memburu kejuaraan ketiga berturut-turut.

Katanya, pemain perlu memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), malam ini berbekalkan kelebihan agregat setelah memenangi aksi final pertama 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Rabu lalu.

“Dalam pasukan ini tidak ada istilah ‘pemain harapan’ atau ‘ayam tambatan’, kesemua pemain memikul peranan yang penting dan saling memerlukan antara satu sama lain,” katanya.

Dalam pada itu, Kapten JDT III, Irfan Shahkimi dan rakan-rakan sepasukan bertekad memastikan kejuaraan tidak terlepas daripada genggaman, sekali gus melakar juara buat kali ketiga berturut-turut.

“Alhamdulillah, kemenangan pada final pertama memberi kelebihan buat pasukan. Jadi, kita akan cuba sedaya upaya dan lakukan yang terbaik untuk malam esok,” katanya.

Sementara itu, Pengendali Selangor FC, Muhammad Firdaus Aziz optimis anak buahnya mampu mempamerkan kebangkitan selepas tewas 1-2 pada aksi pertama.

“Kami akan cuba beraksi seperti pada separuh masa kedua aksi final pertama minggu lalu apabila pasukan beraksi dengan lebih berkesan dan bertenaga,” katanya.

Kali terakhir skuad Merah Kuning menjulang Piala Presiden pada musim 2017.

Dalam pada itu, kapten Selangor FC, Danish Irfan Ezal menuntut rakan sepasukan yang menjadi taruhan ketua jurulatih mampu menyerap tekanan dan beraksi pada tahap sebenar.

“Kami amat bersyukur kerana berpeluang berada pada final kedua, tapi kita tak boleh ambil mudah. Dalam bola sepak apa sahaja boleh terjadi sepanjang perlawanan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN