MILAN: Inter Milan mengekalkan rekod bersih dalam kempen Liga Juara-Juara selepas menewaskan Arsenal 1-0 sebentar tadi sekali gus menyaksikan kekalahan pertama kelab Inggeris itu dalam saingan di pentas Eropah musim ini.
Pemain Inter yang juga kapten skuad kebangsaan Turkiye, Hakan Calhanoglu meletakkan tuan rumah selesa dengan kemenangan tipis itu setelah menyempurnakan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Mikel Merino.
Kemenangan itu membolehkan kelab Itali itu mengumpul 10 mata daripada empat perlawanan manakala Arsenal tujuh untuk menghuni tangga 12 liga.
Sementara itu, Aston Villa turut senasib dengan rakan senegaranya, apabila kesilapan pemain pertahanannya, Tyrone Mings yang menyentuh bola dengan tangannya menghadiahkan sepakan penalti kepada Club Brugge untuk kemenangan 1-0. – AFP/UTUSAN
KEPUTUSAN
Shaktar Donetsk 2-`1 Young Boys
Club Brrugge 1-0 Aston Villa
Feyenoord 1-3 RB Salburg
PSG 1-2 Atletico Madrid
Sparta Praha 1-2 Brest
Crvena Zvezda 2-5 Barcelona
Inter Milan 1-0 Arsenal
VfB Stuttgart 0-2 Atalanta
Bayern 1-0 Benfica










