LISBON: Sporting Lisbon ternyata layu tanpa bimbingan bekas jurulatihnya Ruben Amorim selepas dibelasah 5-1 oleh Arsenal dalam saingan Liga Juara-Juara di Stadium Jose Alvalade pagi ini sekali gus membawa The Gunners ke pusingan 16.
Arsenal meneruskan rentak kemenangan selepas menamatkan kemarau tiga perlawanan tanpa kemenangan sejak menewaskan Nottingham Forest 3-0 minggu lalu.
Sementara itu, Manchester City kempunan untuk bangkit dengan kemenangan selepas seri 3-3 dengan Feyenoord walaupun sudah mendahului 3-0 sekali gus menambah koleksi permainan mereka tanpa kemenangan dalam enam perlawanan.
Di Munich, tandukan berharga Kim Min-jae mengesahkan kemenangan tipis 1-0 Bayern Munich ke atas Paris Saint-Germain yang meletakkan kelab Perancis itu semakin sukar untuk mara ke peringkat saingan seterusnya.
Dalam pada itu, Robert Lewandowski menyempurnakan jaringan gol ke-100 dalam Liga Juara-Juara ketika membantu Barcelona meneewaskan Brest 3-0 di laman sendiri, sekali gus mendaki ke tangga kedua liga itu.
Penyerang veteran itu melakukan rembatan seawal minit ke-10 permainan untuk meletakkan Catalan mendahului permainan sebelum Dani Olmo melengkapkan gol kedua. – AFP/UTUSAN
KEPUTUSAN
Barcelona 3-0 Brest
Bayer Leverkusen 5-0 Salzburg
Bayern Munich 1-0 Paris Saint-Germain
Inter Milan 1-0 RB Leipzig
Man City 3-3 Feyenoord
Slovan Bratislava 2-3 AC Milan
Sparta Prague 0-6 Atletico Madrid
Sporting Lisbon 1 -5 Arsenal
Young Boys 1-6 Atalanta










