PETALING JAYA: Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi muncul penyerang paling berbisa dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) ketika ini. Empat gol dikumpul Arif Aiman sepanjang empat perlawanan dengan yang terbaharu ketika membantu JDT menang 3-0 ke atas Ulsan HD di Stadium Sultan Ibrahim, kelmarin, menyaksikan dia mengatasi pemenang lima kali Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo. Tiga lagi gol dicatatkan ketika menentang kelab China, Shanghai Shenhua dengan meledak…