Azalina minta rujuk Peguam Negara isu 127.3 hektar Pulau Sebatik

Azalina minta rujuk Peguam Negara isu 127.3 hektar Pulau Sebatik

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dakwaan berhubung kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik, Sabah yang dikatakan menjadi milik Indonesia perlu dirujuk kepada Peguam Negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perkara itu berada di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara (AGC) dan bukan dalam kapasiti kementeriannya untuk memberikan sebarang pengesahan.

“Saya Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Isu itu kena tanya Peguam Negara,” katanya ketika ditemui di Parlimen di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Staf Presiden (KSP), M. Qodari memaklumkan, kawasan seluas 127.3 hektar di Pulau Sebatik yang sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia kini sah menjadi milik Indonesia.

Qodari berkata, perubahan itu adalah hasil diplomasi berhubung penyelesaian sempadan darat antara Indonesia dan Malaysia. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×