Sepanyol ke suku akhir, Scotland tangguh hasrat Portugal

Sepanyol ke suku akhir, Scotland tangguh hasrat Portugal

PEMAIN pertahanan Sepanyol, Aymeric Laporte meraikan jaringan gol menentang Serbia dalam Liga Negara-Negara UEFA di Cordoba, pagi ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PARIS: Juara Eropah, Sepanyol mengesahkan tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara UEFA selepas mencatat kemenangan selesa 3-0 ke ata Serbia manakala Cristiano Ronaldo buntu mencari gol untuk Portugal dan terpaksa berpuas hati seri tanpa jaringan dengan Scotland.
Sepanyol yang juga penyandang juara, menjadi pasukan kedua ke saingan kalah mati selepas Jerman dengan mengumpul 10 mata dalam saingan Kumpulan A4.
La Roja turun tanpa dua pemain sayap mereka, Lamine Yamal dan Nico Williams dalam aksi berhujan pagi ini di Andalusia.
Ketiadaan kedua-duanya tidak mendatangkan masalah kepada Sepanyol apabila menerajui permainan dengan jaringan pertama menerusi Aymeric Laporte sebelum ketua pasukan, Alvaro Morata dan Alex Baena melengkapkan dua gol lagi.
Serbia pula terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemain pertahannya Strahinja Pavlovic diarah keluar padang.
“Kami akan berada di fasa yang sangat penting. Ia mungkin nampak mudah tetapi kami pernah melaluiny sebelum ini dan itu adalah kelebihan kami,” kata Morata kepada TVE.
Sementara itu, Denmark mempunyai peluang yang baik untuk mengekori Sepanyol selepas seri 2-2 dengan Switzerland. – AFP/UTUSAN
KEPUTUSAN
Scotland         0  Portugal  0
Poland            3  Croatia    3
Sepanyol        3  Serbia      0
Switzerland    2  Denmark  2
Lithuania        1  Romania  2
Kosovo           3   Cyprus    0
Ireland  Utara 5   Bulgaria  0
Belarus           1   Luxembourg 1
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN