KUALA LUMPUR: Sempat atau tidak Ng Tze Yong membuat penampilan pada Terbuka Malaysia, Januari ini, masih belum diketahui tetapi pemain badminton perseorangan negara itu sudahpun memulakan latihan bagi menguatkan kembali ototnya. Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky sendiri tidak dapat mengesahkan jangka waktu yang tepat Tze Yong boleh kembali bertanding dan cuma memberi jaminan anak muda itu kini berada dalam keadaan baik. “Perkembangan Tze Yong cukup positif, dua…