Jerman mara ke suku akhir kalahkan Belanda

Jerman mara ke suku akhir kalahkan Belanda

Jamie Leweling menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk membantu Jerman mengalahkan Belanda 1-0 di Munich, pagi ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
MUNICH: Rembatan Jamie Leweling pada minit ke-63 membawa Jerman ke saingan suku akhir Liga Negara-Negara selepas menewaskan Belanda 1-0 pagi ini.
Penyerang Stuttgart itu dibawa masuk dari bangku simpan bagi menggantikan rakan sepasukan, Deniz Undav yang mengalami kecederaan semasa sesi latihan.
Leweling berjaya merobek benteng ketat lawan yang gemar bermain strategi ofsaid untuk menyambar bola daripada sepakan sudut Joshua Kimmich.
Bercakap kepada rangkaian ZDF Jerman, dia berkata, kemenangan itu hasil kerjasama pasukan walaupun dia yang menjaringkan gol.
“Belanda adalah negara hebat, namun kami bermain lebih bagus dan menggunakan kesempatan yang ada,” katanya.
Kimmich pula memberitahu, pasukannya berjaya mengatasi masalah kecederaan dalam kalangan pemain.
“Hanya tiga pemain utama dalam padang berbanding ketika seri 2-2 dengan Belanda lima minggu lalu. Sebab itu kami bangga dengan kemenangan ini. Anda dapat melihat bagaimana kami gembira dengan kemenangan ini,” katanya. – AFP/UTUSAN
KEPUTUSAN
Belgium 1   Perancis 2
Itali        4   Israel      1
Jerman  1   Belanda  0
Bosnia   0   Hungary 2
Georgia 0   Albania   1
Ukraine 1   Rep. Czech 1
Iceland  2   Turkeye   4
Wales    1   Montenegro 0
Azerbaijan 1 Slovakia 3
Estonia 0   Sweden     3
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN