KUALA LUMPUR: Skuad badminton akan memberi tumpuan kepada persiapan Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun susulan Scotland menggugurkan acara badminton dalam Sukan Komanwel Glasgow 2026. Sambil menganggap tindakan itu mengejutkan, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengakui badminton merupakan penyumbang terbesar pingat emas untuk Malaysia pada termasya berkenaan. Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, pengguguran sukan badminton adalah sesuatu yang janggal kerana acara itu sentiasa dimasukkan sejak Sukan Komanwel dianjurkan pada…