BARU-BARU ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendedahkan terdapat lebih 3,000 undang-undang lapuk yang perlu dikaji semula agar lebih relevan dengan peredaran masa. Hakikatnya banyak undang-undang sivil di negara ini diwujudkan sebelum merdeka lagi. Bertepatan dengan semangat kemerdekaan, elok dianalisis sejauh mana undang-undang dan badan kehakiman syariah diperkasakan. Peruntukan undang-undang yang kabur juga perlu penambahbaikan agar jelas untuk dikuatkuasakan. Dalam konteks undang-undang syariah, belum ada undang-undang yang boleh dikategorikan sebagai…










