BULAN lalu, genaplah 24 tahun saya bekerja di Universiti Utara Malaysia (UUM). Bermula sebagai tutor dan kini bergelar pensyarah. Pun begitu, saya menjejakkan kaki lebih awal di bumi Sintok, Kedah iaitu sejak 28 tahun lalu sebagai seorang pelajar. Semasa di peringkat sarjana muda, saya menerima tajaan biasiswa UUM, seterusnya bekerja di universiti ini sehingga kini. Meskipun pernah ditawarkan biasiswa daripada syarikat korporat dan agensi kerajaan lain, namun saya mengikut kata…










