Wan Zarif rangkul gelaran Remaja Asia 2024

Wan Zarif rangkul gelaran Tenpin Boling Remaja Asia 2024

ATLET boling remaja negara, Wan Zarif Ikram meraih pingat emas pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia ke-23 di Sunway Mega Lanes, hari ini. -UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Atlet remaja boling negara, Wan Zarif Ikram menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia menerusi acara Masters pada Kejohanan Tenpin Boling Remaja Asia 2024, sebentar tadi.

Atlet berusia 17 tahun itu merangkul pingat emas selepas mengumpul keseluruhan 427 jatuhan pin untuk menewaskan pemain Hong Kong, Jovi Ma yang mengutip 385 mata.

“Saya tidak menyangkakan dari hari pertama saya bekerja keras untuk acara indvidu tidak menjadi. Saya cuba lawan semula. Alhamdulillah dengan rezeki ini saya mampu merangkul kejuaraan.

“Saya memang nak menang dari hari pertama tidak kira acara apa sekali pun. Saya berpuas hati dengan kerja keras saya akhirnya terbayar,” kata Wan Zarif selepas perlawanan final, di Sunway Mega Lanes, hari ini.

Terdahulu, Wan Zarif melangkah ke final apabila menyingkirkan rakan senegara, Ethan Damien Goh yang mana beliau merangkul pingat gangsa dengan 172 jatuhan pin.

Dalam pada itu, jurulatih remaja negara, Alex Liew menyatakan rasa bangga prestasi skuad remaja lelaki meningkat dengan baik sejak tahun lalu.

Menurut beliau, kekecewaannya ketika edisi lalu di Singapura ditebus semula dengan pencapaian pingat emas kategori Masters ini.

“Akhirya kita mendapat pingat emas bagi acara ini (Masters Lelaki). Ini merupakan kategori terbesar dalam kejohanan ini.

“Saya hanya memberi nasihat kepada untuk sentiasa bertenang dan jangan terlalu gopoh dengan balingannya. Secara keseluruhan saya berpuas hati dengannya,” kata Alex.

Secara keseluruhan, Malaysia menuai tiga pingat emas, dua perak dan tiga gangsa pada kejohanan kali ini.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia mengungguli kategori Masters lelaki dan Wanita ialah pada Kejohanan Boling Remaja Asia 2017 menerusi Tun Hakim dan Puteri Nurul Dini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×