Terbuka Kazakhstan penentu nasib Azeem

Terbuka Kazakhstan penentu nasib Azeem

MUHAMMAD Azeem Fahmi raih gangsa di Terbuka Kazakhstan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi mempunyai satu sahaja lagi peluang untuk layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024 apabila dijadual beraksi dalam acara 100 meter (m) pada Terbuka Kazakhstan, hari ini.

Atlet berusia 20 tahun itu sebelum ini melakukan catatan masa 10.43 saat (s) dalam 100 meter (m) untuk muncul juara di Terbuka Malaysia pada minggu lalu.

Azeem perlu membuat catatan masa sekurang-kurangnya 10.00s untuk layak secara merit dan jika gagal, pemenang pingat Gangsa Sukan Asia Hangzhou 2023 itu perlu berada dalam kelompok 56 terbaik untuk ke Temasya Paris.

Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard berkata, terdapat dua perkara yang perlu dilakukan Azeem di Terbuka Kazakhstan dalam usahanya menempah slot ke Olimpik Paris.

Pertama, Azeem perlu melakukan catatan masa bawah 10.00s atau memenangi kejohanan tersebut dengan sekurang-kurangnya mencatat 10.20s untuk memperbaiki kedudukan ranking.

“Dia perlu lakukan kedua-duanya atau menamatkan perlumbaan di bawah 10.20s bagi menghidupkan peluangnya dalam kedudukan ranking,” katanya.

Mengulas  peluangnya di Terbuka Kazakhstan, Azeem berkata, dia tidak mahu meletakkan sasaran di kejohanan tersebut.

“Sekarang saya Terbuka Kazakhstan dan matlamat utama adalah membuat larian terpantas dan saya tidak akan membuat apa-apa perbezaan.

“Saya tidak mahu meletak sebarang sasaran catatan masa spesifik. Sama seperti Terbuka Malaysia. Saya pergi ke sana untuk berlumba dan menjadi diri sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, penuntut Universiti Auburn di Alabama, Amerika Syarikat (AS) berkata, dia menggunakan sepenuhnya program latihan yang direncana oleh jurulatih, Ken Harnden sepanjang dua minggu berada di Malaysia.

“Jurulatih pesan jangan letak banyak tekanan kepada diri sendiri. Saya masih muda. Mungkin dalam tempoh musim ini saya memberi tekanan yang tidak sepatutnya kepada diri sendiri.

“Sehinggakan saya lupa cara nak berseronok. Sebab utama saya berkecimpung dalam sukan ini adalah menimba pengalaman daripada terbaik. Apa yang orang nampak, itulah saya. Saya buat terbaik selebihnya saya serah pada Allah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN