Shereen sanggup lari 100 meter

Shereen sanggup lari 100 meter

SHEREEN Samson Vallabouy yakin membawa cabaran acara 100 meter jika diberi peluang bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi tiket wildcard.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jaguh olahraga 400 meter (m) wanita negara, Shereen Samson Vallabouy sedia menimbang untuk beralih kepada kategori pecut 100m demi ke Sukan Olimpik Paris.

Biarpun acara itu bukan sinonim dengannya, namun dia melihat peluang untuk mendapatkan tiket wildcard itu sebagai cabaran baharu dan mampu dilaksanakan berdasarkan potensi yang dipamerkan ketika menyertai kejohanan di Amerika Syarikat (AS) sebelum ini

Shereen berkata, 100m bukan asing buat dirinya kerana pernah berlari dalam acara tersebut.

“Sekiranya saya tidak layak (merit) bagi acara 400m berdasarkan ranking dunia, saya perlu memilih antara 100m atau 800m bagi tiket wildcard. Di antara dua kategori itu saya akan lebih ke arah 100m.

“100m menjadi pilihan saya kerana saya mempunyai kelajuan agak baik dan pernah berlari dalam acara terbabit. Saya juga amat baik ketika berlari bagi acara 200m. Saya nampak kemampuan saya di situ,” katanya ketika ditemui di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Terdahulu, pelari berusia 26 tahun itu membuktikan kelasnya tersendiri apabila muncul juara acara kegemarannya pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia dengan catatan 52.45s, minggu lalu.

Sementara itu, Shereen mendedahkan beliau tidak putus harapan dan tetap untuk memburu kelayakan ke Temasya Paris 2024 secara merit seperti mana yang disasarkan sebelum ini.

Menurutnya, kejohanan di Kazakhstan kekal sebagai medan terakhir dalam menceburkan diri ke temasya empat tahun sekali itu.

“Di Kazakhstan nanti tetap menjadi perkara penting untuk saya. Ini sahaja satu-satunya peluang saya untuk melayakkan diri ke Paris. Saya enggan mahu sia-siakan baki peluang terakhir saya.

“Biarpun tekanan kian terasa, saya hanya mahu lakukan terbaik untuk diri saya. Walaupun tidak banyak, akan tetapi catatan masa saya semakin baik,” ujarnya.

Shereen bersama Mohammad Azeem Fahmi dan kem olahraga negara sudah bertolak bagi Kejohanan Olaharaga Terbuka Kazakhstan pada 23 hingga 24 Jun ini yang mana menjadi aksi kelayakan terakhir bagi kelayakan ke Paris. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN