KEPUTUSAN luar jangka Perdana Menteri Menteri United Kingdom (UK), Rishi Sunak membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum pada 4 Julai mengundang 1,001 persoalan terhadap niat sebenar Ketua Parti Konservatif UK itu berbuat demikian. Walaupun Rishi dikatakan memilih jalan tersebut kononnya parti pimpinannya atau turut dikenali sebagai Tories mampu meraih kemenangan besar, namun ramai para penganalisis di samping kajian awal menjangkakan andaian itu adalah meleset. Apatah lagi banyak…










