PENGOSONGAN luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Gua Musang Kelantan berkuatkuasa 19 Jun lalu sebagaimana yang diumumkan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dijangka mengulangi sejarah tahun 1991. Pada tahun itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang dari Parti Semangat 46, Nordin Salleh bertindak keluar parti pada 27 Mac 1991 dan selang dua minggu kemudian, ADUN Limbongan, Wan Najib Wan Mohamed melakukan tindakan sama. Ekoran…










