FELDA atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, seringkali disalah faham sebagai entiti perniagaan yang perlu berfungsi serupa syarikat-syarikat perladangan besar lain seperti Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK), Sime Darby, atau United Plantation. Tidak hanya itu, terdapat juga kata-kata sinis yang dilontarkan mengatakan bahawa Felda merupakan sebuah entiti yang tidak menguntungkan. Namun, apa yang perlu kita fahami dengan jelas adalah Felda bukan sekadar organisasi yang berorientasikan untung rugi semata-mata. Ia adalah sebuah…










