Jangan bubar Harimau Malaya

Jangan bubar Harimau Malaya

SKUAD Harimau Malaya perlu menjuarai Pestabola Merdeka 2024. – IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon tidak sepatutnya dibubarkan susulan kegagalan untuk meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 baru-baru ini.

Sebaliknya, skuad sedia ada ketika ini perlu dimantapkan dengan kemasukan pemain-pemain muda yang menonjol dan perkara ini menuntut keberanian Pan Gon untuk memberi peluang kepada muka baharu.

Penganalisis sukan tempatan, Datuk Dr. pekan Ramli berkata, tindakan membubarkan pasukan hanya membawa padah kerana skuad sedia ada sebenarnya sudah mantap dan hanya memerlukan penambahbaikan.

Katanya, ketika Harimau Malaya kehilangan tujuh pemain utama akibat kecederaan, Pan Gon memanggil muka-muka baharu yang mampu mengalas tanggungjawab dengan mereka mengikat Kyrgyzstan 1-1 dan menang 3-1 ke atas Taiwan.

“Saya tidak nampak kita perlu tergesa-gesa untuk bubar atau ‘reset’ pasukan kerana kita masih ada tugasan besar iaitu Piala AFF pada September ini dan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia yang bermula pada Mac tahun depan.

“Skuad sekarang boleh bermain, apa yang perlu dilakukan adalah perancangan pasukan untuk aksi seterusnya. Kita tidak mahu perancangan caca merba dan dilakukan saat-saat akhir, ada pemain cedera, ada yang tak lepas pemain.

“Saya kata perancangan kena rapi sebabnya bulan tiga tahun depan liga kita masih berjalan, kita tidak mahu ada pasukan yang tidak lepaskan pemain. Oleh itu, kita kena rancang dari sekarang,” katanya kepada Ming­guan Malaysia.

Menurut Pekan, secara meritnya kita berkemampuan untuk layak ke Piala Asia 2027 dan untuk tujuan itu, kita perlu muncul juara kumpulan kerana format kali ini berbeza dengan hanya juara kumpulan sahaja akan layak beraksi di Arab Saudi nanti.

Ditanya tentang keberadaan pemain naturalisasi, Pekan berkata, jika dilihat dalam aksi menentang Taiwan, Poulo Josue, Andrick Dos Santos dan Sergio Aguero memainkan peranan besar untuk memacu kemenangan pasukan dan sumbangan itu tidak boleh dinafikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN