Azeem laung amaran Terbuka Malaysia 

Azeem laung amaran Terbuka Malaysia 

Peluang Muhammad Azeem ke Sukan Olimpik masih terbuka pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Kuantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi mahu mendominasi acara pecut pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang bermula hari ini di Kuantan, Pahang dengan harapan besar untuk  melayakkan diri secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09 saat (s) itu berkata, kejohanan di tanah air ini menjadi medan penting buat dirinya bagi mengukuhkan kedudukannya ke Paris.

Bagaimanapun, pelari berusia 20 tahun itu mahukan kejuaraannya di Malaysia sebagai motivasinya untuk kekal berada di landasan yang tepat bagi merebut tiket ke temasya empat tahun sekali berkenaan.

“Semua orang sedia tahu, untuk ke Olimpik hanya ada dua cara iaitu catatan masa dan ranking. Misi utama saya memang ke Olimpik, namun hujung minggu ini saya mahu menang di Malaysia. 

“Kemenangan di sini (Malaysia) lebih seronok kepada saya kerana percaya bahawa saya akan lebih bertenang dan mampu hilangkan tekanan sekali gus mampu mencatat masa di bawah 10s.

“Perlumbaan hujung minggu ini jelas sukar buat saya namun untuk mencapai catatan masa saya yang idamkan selama ini, tidak mustahil untuk saya kecapi,” kata Azeem.

Terdahulu, Azeem mewakili Universiti Auburn meraih pingat emas bersama rakan sepasukannya Kayinsola Ajayi, Dario Matau dan Makanakishe Charamba dalam acara 4×100 meter (m) sekali gus mencatat masa terbaik musim ini dengan 38.03s pada Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) Amerika Syarikat (AS) di Oregon minggu lalu.

Dalam pada itu, jurulatihnya di AS, Ken Harnden menegaskan kepada Azeem supaya tidak meletakkan tekanan yang berlebihan ketika di Terbuka Malaysia untuk menjaga prestasi semasanya.

Sebaliknya, jurulatih dari Zimbabwe itu mengalakkan pelari kelahiran Teluk Intan itu untuk menemui semula kegembiraannya untuk berlari sekali gus mengenang semula ketika Azeem mual mencipta nama di pentas olahraga.

Perkara itu dedahkan oleh Azeem sendiri yang mana beliau bergelut dengan masalah kesihatan mentalnya sejak memulakan perjalanannya sendiri di AS tahun laly untuk meneruskan pelajarannya.

“Harnden hanya mahu saya menikmati keseronokan saya hujung minggu ini. Hal ini kerana beliau tahu saya hanya mahukan satu kemenangan itu mengembalikan keyakinan saya ketika di trek perlumbaan.

“Sepanjang tempoh saya di sini (AS), saya menempuh pelbagai perkara yang tidak dijangka. Banyak yang tidak diketahui oleh orang ramai terutamanya kesihatan mental saya semasa di AS. Saya enggan menjadikan isu ini sebagai alasan kerana walaupun banyak gangguan di landasan saya namun ini semua merupakan proses saya untuk berkembang,” ujarnya.

Untuk rekod, catatan masa Azeem ketika acara 4x100m terbabit merupakan kedudukan ranking keempat dunia serta Azeem turut mencatat masa peribadi terbaik musim ini dengan 10.24s ketika kejohanan di Los Angeles, Apil lalu.

Olahraga Terbuka Malaysia dijadualkan pada hari ini sehingga Ahad dan akan berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN