KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mara ke pusingan kedua selepas mengetepikan wakil Taiwan, Chiang Chien Wei-Wu Hsuan Yi pada peringkat 32 terbaik Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil, dekat sini, sebentar tadi. Pasangan No. 20 dunia itu melakar kemenangan straight set 22-20-21-12 ke atas beregu ke-57 dunia tersebut dalam masa 36 minit. Kejayaan Wei Chong-Kai Wun itu menyaksikan mereka menebus kekalahan di tangan Chien…