Pembeli rumah UDA bawa pulang EV - Utusan Malaysia

Pembeli rumah UDA bawa pulang EV

PARA pemenang Cabutan Merdeka bergambar bersama hadiah yang dimenangi menerusi kempen Bonanza Memenuhi Impian 2026.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UDA Holdings Berhad (UDA), syarikat pembangunan hartanah dan pengurusan aset di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), meraikan pemenang Cabutan Merdeka Bonanza Memenuhi Impian 2026 di Proton e.MAS Old Klang Road.

Peraduan yang dilancarkan pada 2 September lalu itu berlangsung sehingga 31 Disember 2026, membabitkan 21 pembangunan kediaman dan komersial UDA di seluruh negara.

Antara pembangunan kediaman yang mengambil bahagian ialah Residensi Dedaun, Residensi 38 Bangsar dan Residensi Akasia Raya di Lembah Klang Amaanee Residences dan Eight & Eight Condominium di Pulau Pinang.

Ia termasuk Mawar @ Taman Sultan Sallehuddin di Kedah, Taman Sena Permai di Perlis, UDA Heights, UDA Vista, Residensi Mutiara dan Residensi Sedili di Johor, Pelindung Heights dan Sena @ KTGR di Pantai Timur serta Neu Pendington di Kuching, Sarawak.

Pemenang hadiah utama Cabutan Merdeka, Lim Eng Seng yang merupakan pembeli Residensi Akasia Raya berkata, beliau berasa gembira kerana sememangnya menyimpan hasrat untuk memiliki kenderaan elektrik (EV).

“Saya sangat teruja kerana memang sudah lama menginginkan sebuah EV. Saya bercadang menggunakannya untuk perjalanan harian di sekitar bandar,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, antara tiga pemenang ganjaran perjalanan MHflypass Zon 3, Ahmad Najah Mohamad Salleh berkata, beliau memilih Residensi Akasia Raya di bawah skim Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) sebagai kediaman pertamanya kerana lokasinya yang strategik, berhampiran tempat kerja selain mempunyai akses mudah kepada pengangkutan awam.

“Saya agak terkejut dan tidak percaya apabila terpilih memenangi MHflypass kerana memang tidak menjangkakannya. Saya rasa sangat bertuah,” katanya.

Pemenang kedua, Khairul Iman Nazari berkata, lokasi Residensi Akasia Raya yang strategik berhampiran pusat bandar, harga yang mampu milik serta rekod prestasi UDA menjadi antara faktor utama beliau memilih kediaman berkenaan.

“Saya yakin dengan UDA sebagai pemaju yang mempunyai rekod prestasi yang baik. Kemenangan MHflypass ini memang tidak dijangka dan menjadi nilai tambah kepada pembelian rumah,” katanya.

Seorang lagi pemenang MHflypass, Khairil Sarip berkata, beliau memilih Residensi Akasia Raya kerana lokasinya yang berhampiran tempat kerja selain keyakinannya terhadap UDA.

“Saya tidak tahu pembelian ini turut memberi peluang untuk menyertai cabutan. Jadi, apabila terpilih sebagai pemenang, saya lebih teruja,” katanya.

Hartanah komersial turut mengambil bahagian dalam kempen berkenaan menerusi pembangunan UDA terpilih di seluruh negara.

Selain berpeluang memenangi hadiah menerusi cabutan bertuah, pembeli yang layak turut menikmati pelbagai manfaat pembelian mengikut projek.

Ini termasuk pengecualian atau penyerapan yuran guaman Perjanjian Jual Beli (SPA), pengecualian yuran guaman pinjaman, rebat pembelian, pengecualian yuran pemprosesan serta manfaat lain, tertakluk kepada terma dan syarat kempen serta pembangunan berkenaan.

Dalam pada itu, pembeli yang tidak memenangi Cabutan Merdeka serta pembeli baharu yang layak turut berpeluang menyertai Cabutan Ulang Tahun Ke-55 UDA yang dijangka berlangsung pada November 2026.

Cabutan itu menawarkan sebuah lagi Proton e.MAS 5 serta lima hadiah emas HABIB seberat lima gram setiap satu.

Cabutan Hadiah Utama pula dijadualkan berlangsung pada April 2027 dengan menawarkan 10 hadiah emas HABIB seberat lima gram setiap satu dan sebuah unit Residensi Dedaun di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor, bernilai RM508,000.

Habis/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×