KUALA LUMPUR: Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai menyifatkan kejayaan menjulang gelaran Kejohanan Badminton Malaysia Masters di hadapan penyokong sendiri merupakan kenangan cukup manis dan sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Beregu campuran No. 18 dunia itu menundukkan pilihan ketiga, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dari Indonesia 21-18, 21-19 dalam masa 47 minit pada perlawanan akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil, dekat sini. Kejayaan tersebut juga menyaksikan pasangan pengantin baharu itu…