MADRID: Penyerang Real Madrid, Joselu menyumbat dua gol untuk membantu juara Sepanyol itu bangkit dari ketinggalan sebelum mencatat kemenangan 2-1 ke atas Bayern Munich sekali gus menempah perlawanan akhir Liga Juara-Juara pagi ini. Real yang beraksi di gelanggang sendiri menang dengan agregat 4-3. Gergasi Jerman itu lebih dahulu mendahului perlawanan menerusi Alphonso Davies pada babak kedua permainan tetapi kedudukan tidak bertahan lama apabila jaringan Joselu meletakkan juara 14 kali itu di depan pada minit 88 dan 91. Real Madrid akan berdepan satu lagi wakil Jerman, Borussia Dortmund pada perlawanan akhir…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya