PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak sesuai mengambil alih Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) kerana tidak praktikal lebih-lebih lagi ia projek kerajaan. Penganalisis sukan, Datuk Pekan Ramli berkata, AMD merupakan projek kerajaan yang dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan serta diletakkan di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) manakala FAM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO). “Peruntukan kewangan untuk menguruskan AMD datang daripada kerajaan, jadi kerajaan tidak…