PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari (AMD) diserahkan kepada badan induk itu bagi membolehkan pembangunan akar umbi dilaksanakan secara strategik. Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, beliau akan menemui Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bagi menyuarakan perkara tersebut agar ia dapat direalisasikan. Hamidin berkata, FAM mempunyai perancangan khusus untuk AMD termasuk membawa pasukan pakar dari luar negara untuk menjaga secara keseluruhan pemain dalam…