PETALING JAYA: Pemain hoki kebangsaan, Syafiq Hassan berjaya menawan hati ketua jurulatih Sarjit Singh untuk berada dalam senarai 30 pemain fasa kedua latihan pusat Speedy Tigers. Syafiq berpeluang kembali bersama Speedy Tigers selepas dipilih bagi menggantikan T. Perabu yang menarik diri saat akhir pada hari pertama kem latihan Mac lalu, atas alasan peribadi. Sarjit berkata, beliau gembira dengan pilihannya menarik pemain pasukan Maybank itu ke kem latihan pada saat akhir…