Sudah lama saya berdiam diri - Ibu Zahira Macwilson - Utusan Malaysia

Sudah lama saya berdiam diri – Ibu Zahira Macwilson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kesabaran saya terus hilang.”

Demikian perkongsian ibu kepada pelakon Zahirah Macwilson, Maslinda Yusoff yang berang apabila usaha untuk memulihkan hubungan dengan anaknya itu disambut dingin pelakon berkenaan.

“Sebenarnya, hubungan saya dengan anak saya dah tak rapat sejak august 2024 lagi.

“Sudah berkali saya dan suami turun ke Kuala Lumpur cuba memulihkan dan memperbaiki keadaan, secara tertutup dan melalui ustaz sebagai orang tengah tapi tidak di terima.

“Sudah lama saya berdiam diri dan bersabar tapi bila dia whatsapp saya semalam dan berkata sesuatu yang sangat menyedihkan dan menyakitkan hati saya, kesabaran saya terus hilang, Allahuakbar!,” kongsinya.

Maslinda pernah mendirikan rumah tangga bersama bapa zahirah iaitu Zainol Macwilson dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Namun mereka bercerai pada November 2015.

Maslinda dalam pada itu memaklumkan terpaksa mengambil jalan akhir iaitu mengumumkan di media sosial berkenaan hubungan dia anaknya yang semakin renggang.

“Semakin saya biarkan semakin melampau dan biadap! Sebab itu saya tidak berfikiran panjang satu terus update di social media.

“Saya tahu anak saya lebih takut kepada social media dari kemurkaan Allah. Semoga doa-doa kami di depan Ka’bah, dan di Arafah di makbulkan. Ya Allah aku tidak berdaya lagi, aku serahkan segala urusanku kepada mu, Ya Allah,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN