GUA MUSANG: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hanya tertumpu kepada projek pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) di Putrajaya. Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya tidak akan masuk campur mengenai isu pentadbiran badan induk bola sepak negara itu. Katanya, siasatan kes tersebut dianggap membabitkan kepentingan awam. “Kita melihat pada maklumat yang diberikan, jadi kita tumpukan kepada satu isu sajalah yang mana melibatkan isu…









