MASYARAKAT Malaysia yang harmoni mesti sentiasa dipupuk setiap masa dan sepanjang zaman. Ia kemestian bagi kehidupan masyarakat yang sejahtera. Semua anggota masyarakat pelbagai peringkat, kaum dan agama mesti memainkan peranan, tiada berkecuali. Semua mesti sedar bahawa tanpa keharmonian, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan hidup sukar untuk dicapai. Dalam setiap pemikiran rakyat mesti menghormati pegangan agama dan kepercayaan sesuatu kaum. Semua yang berkaitan dengan agama, kepercayaan dan nilai jangan sekali-kali disentuh oleh…











