LONDON: Liverpool tersingkir daripada saingan Liga Europa walaupun menang 1-0 ke atas Atalanta tetapi tidak cukup untuk mengubah defisit gol 3-0 sebelum ini dalam pertemuan suku akhir kedua pagi ini.
Dalam satu lagi pertemua suku akhir, Bayer Leverkusen terikat 1-1 dengan West Ham, cukup untuk membawa pendahulu Liga Jerman itu mara ke saingan separuh akhir.
Kekalahan Reds meranapkan impian kelab itu untuk menghadiah kenangan bermakna kepada pengendali mereka, Jurgen Klopp yang akan meninggalkan Anfield pada akhir musim ini.
Liverpool memperoleh jaringan tunggal perlawanan menerusi sepakan penalti Mohamed Salah selepas bola hantaran Trent Alexander- Arnold mengenai tangan Matteo Rugger.
Namun, kekebalan benteng pertahanan Atalanta menyukarkan Liverpool untuk mencari gol seterusnya. – AFP/- UTUSAN
KEPUTUSAN
Atalanta (ITA) 0 Liverpool (ENG) 1
(Atalanta menang agregat 3-1)
Marseille (FRA) 1 Benfica (POR) 0
(Agregat terikat 2-2, Marseille menang penalti 4-2)
Roma (ITA) 2 AC Milan (ITA) 1
(Roma menang agregat 3-1)
West Ham (ENG) 1 Bayer Leverkusen (GER) 1
(Bayer Leverkusen menang agregat 3-1)










