PETALING JAYA: Kekalahan berturut-turut kepada Oman dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara puncanya disebabkan persiapan cacamerba kem latihan skuad Harimau Malaya. Begitupun, kesilapan itu enggan diulang kembali dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu memastikan Harimau Malaya lebih bersedia sebelum aksi kelayakan berkenaan Jun depan. Malaysia mempunyai misi besar iaitu wajib mencatatkan kemenangan dalam dua baki perlawanan Kumpulan D menentang Kyrgyzstan di gelanggang lawan pada 6 Jun sebelum…










