Azeem rangkul emas di Florida

Azeem rangkul emas di Florida

Muhammad Azeem Fahmi gagal ke final dalam acara 200 meter lelaki di WUG 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi berjaya menebus kekecewaannya selepas memenangi emas bersama kuartet 4×100 meter (m) Universiti Auburn selepas gagal dalam acara 100m.

Azeem sebelum itu menamatkan saringan dua bagi acara 100m lelaki di tempat ketujuh selepas membuat larian 10.44 saat (s) dan berada di kedudukan ke-22 secara keseluruhan daripada 75 peserta.

Bagaimanapun, pelari berusia 19 tahun itu tidak meratapi kekecewaannya apabila memperoleh emas bagi acara 4x100m lelaki bersama pasukannya di Kejohanan Olahraga Jemputan Tom Jones Memorial 2024 di Gainesville, Florida, Amerika Syarikat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain Azeem, pasukannya dibarisi Favour Ashe, Dario Matau dan Kanyinsola Ajayi memperoleh emas selepas melakukan catatan masa 38.64s mengatasi Louisiana State University (LSU).

LSU dibarisi Myles Thomas, Shakeem McKay, Da’Marcus Fleming dan Godson Oghenebrume berada di tempat kedua dengan catatan 38.93s.

Tempat ketiga menjadi miliki kuartet University of Kentucky yang dibarisi Shavique Bascus, Clinton Muunga, Miles Jones, Kennedy Lightner dengan catatan 38.96s.

Untuk rekod, Azeem membantu kuartet 4x100m Universiti Auburn meraih emas di Kejohanan Olahraga Yellow Jacket Invite di Georgia Tech, Atlanta dengan catatan masa 38.74s pada 17 Mac lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini