Tiga jurulatih import antara pilihan Selangor

Tiga jurulatih import antara pilihan Selangor

SELANGOR FC telah menyenarai pendek empat nama ketua jurulatih termasuk tiga daripadanya calon import. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC telah menyenarai pendek empat nama ketua jurulatih baharu skuad Gergasi Merah termasuk tiga daripada mereka merupakan calon import.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, ke­semua calon tersebut turut dimaklumkan mereka perlu me­nerima senarai pemain sedia ada kerana pasukan sudah berada di fasa akhir persiapan musim baharu Liga Malaysia (Liga M).

Beliau turut menegaskan, bekas ketua jurulatih skuad Thailand, Mano Polking bukanlah salah seorang daripada mereka walaupun telah menerima permohonan jurulatih kelahiran Brazil itu.

“Setakat ini proses pemilihan berjalan lancar dan kita akan umumkan calonnya dalam masa seminggu lagi. Mano Pol­king bukanlah salah seorang calon, kami ada menerima permohonannya tetapi dia bukan yang disenarai pendek.

“Pihak kami menyenarai pendek empat jurulatih dengan tiga jurulatih import yang mempunyai pengalaman dalam bola sepak Asia dan seorang pengendali tempatan (Nidzam Jamil).

“Ia akan menjadi satu cabaran buat jurulatih baharu ini untuk bekerja dengan pemain yang sudah dipilih dan kami telah memberitahu perkara ini ketika sesi temu duga.

“Kita tahu ini bukanlah per­kara yang mudah untuk ma­na-mana jurulatih terima, na­mun keempat-empat jurulatih yang ditemu duga itu bersetuju dengan cabaran ini,” katanya selepas majlis Menandatangani Lanjutan Penajaan Se­langor FC dan Aeon Big di sini, semalam.

Johan berkata, jurulatih baharu itu berpeluang melakukan penambahbaikan dalam skuad ketika jendela perpindahan kedua yang dibuka dari 26 Ogos hingga 22 September ini.

“Jika ada penambahan pemain mereka hanya boleh lakukan pada jendela perpindahan kedua nanti kerana kita yakin dengan struktur pasukan yang sedia ada,” jelasnya.
Memandang Selangor bakal bersaing dalam Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2), maka mereka memerlukan seorang jurulatih berkaliber. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya