PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya digesa menyesuaikan diri dengan segera apabila tiba di Muscat, Oman, Ahad ini sebelum turun menentang tuan rumah dalam Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, awal pagi Jumaat depan. Perubahan perbezaan waktu lima jam antara Malaysia dan Oman ditambah waktu perlawanan bermula 3 pagi waktu Malaysia sebenarnya menimbulkan kebimbangan kepada pengendali Harimau Malaya Kim Pan Gon. Jelas jurulatih dari Korea Selatan itu, sepak mula yang ditetapkan…










