Impian Azeem ke Olimpik mampu direalisasikan

Impian Azeem ke Olimpik mampu direalisasikan

MUHAMMAD Azeem Fahmi akan bersaing dengan Shereen Samson Vallabouy untuk meraih tiket ke Olimpik Paris 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas jurulatih Muhammad Azeem Fahmi, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah menyatakan impian pelari itu mahu ke Sukan Olim­pik Paris 2024 mampu direa­lisasikan.

Menurutnya, berdasarkan prestasi dan perkembangan Azeem, dia mampu mencapai slot ke sukan berprestij itu.

“Saya yakin dia mampu ke sukan itu dan melayakkan diri secara merit dengan mencatat masa di bawah 10 saat (s).

“Setakat saya lihat perkembangan dia amat positif dan berharap tiada kecederaan berlaku,” katanya.

Azeem yang kini melanjutkan pengajiannya dan latihan di Universiti Auburn, Amerika Syarikat bersama jurulatihnya yang juga bekas pelari dari Zimbabwe, Ken Harnde.

Terdahulu melalui laman Instagram Azeem, beliau memberi bayangan untuk memburu catatan masa 9.95s dalam misi melayakkan diri ke Olimpik pada Julai ini.

Buat masa ini catatan terbaik pelari itu ialah 10.09s yang dilakukannya pada Kejohanan Remaja Dunia di Cali 2022.

Sementara itu, Amir turut menambah, ‘buruan’ catatan masa Azeem bukan satu perkara yang mustahil untuk dilakukan dan menunjukkan dia ada motivasi dalam mengekalkan misinya layak ke Olimpik Paris.

“Kita semua ada impian. Bergantung kepada seseorang itu mahu melakukan pada masa yang tepat dan mengambil peluang dengan baik,” katanya.

Pelari kelahiran Teluk Intan, Perak itu mempunyai tempoh sehingga Jun ini bagi mela­yakkan diri secara merit ke O­limpik Paris dengan dia perlu mencatat masa di bawah 10s.

Setakat ini, Azeem sudah beraksi dalam dua kejohanan dalam dewan sebagai persiapannya memburu tiket ke O­limpik Paris. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN