“PEMERINTAHAN saya sebagai Yang di-Pertuan Agong adalah sama seperti Agong yang lepas iaitu mengikut Perlembagaan, dasar dan peraturan yang ditetapkan. “Kedudukan saya di sini adalah bagi menjalankan tanggungjawab dan memikul amanah raja-raja untuk memastikan kedaulatan tanah air, kemakmuran negara dan kesejahteraan hidup rakyat akan sentiasa terpelihara,” titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Majlis Parlimen Yang Ke-15. Ramai yang terlepas pandang tentang intipati Rang…










